Monday, February 23, 2009

Jaga PC Kamu

Windows dilengkapi dengan Utiliti bagi menjaga sistem iaitu Scandisk dan Defragmenter. Scandisk berupaya mencari dan membetulkan kerosakan pada cakera keras mahupun disket.

Defragmenter pula digunakan bagi mengoptimumkan tanpa membuang kandungan yang tidak penting atau diperlukan lagi. Jadi luangkan sedikit masa untuk membersihkan dan membuang fail yang tidak diperlukan asalkan JANGAN BUANG fail sistem.

Selain menyediakan ruangan storan bagi kegunaan lain, ruangan storan yang besar turut membantu meningkatkan persembahan keseluruhan sistem. Anda juga harus mempastikan storan cakera keras yang tidak digunakan antara 20 hingga 40MB bagi persembahan optimimum atau operasi Swapfile. Contohnya, jika kandungan storan kurang 10MB, anda mungkin mengalami
masalah mencetak dokumen besar kerana ketika percetakan sistem akan membina direktori sementara bagi cakera keras. Jika ruangan cakera keras kurang, mungkin percetakan terbantut.

Perisian Komponen atau Driver
OS bergantung kepada driver atau pemacu bagi membolehkan sesuatu operasi atau komponen untuk berfungsi seperti kad bunyi, video dan pengimbas. Antara sebab utama sesuatu komponen tidak berfungsi dengan betul ialah disebabkan kerosakan pada fail pemacu atau versi pemacu lama. Pengguna digalak menggunakan perisian komponen baru yang boleh didapati dari vendor. Cuma pastikan perisian itu serasi dengan komponen. Jika tiada pemacu baru, pengguna boleh menggunakan perisian yang disediakan oleh vendor ketika mula membeli. Jadi simpan semua disket yang diberi oleh vendor.

Untuk Mempastikan Semua Fail dan Folder Anda Bebas dari Kesilapan Sistem. Apa yang Patut Anda Lakukan? Klik penunjuk kepada butang Start di Taskbar, tarik penunjuk anda ke Programs, kemudian Accessories dan klik di munu Scan Disk. Pilih arahan Automatically Fix Errors di kotak dialod Scan Disk; kemudian klik start. Scan disk akan membetulkan susunan dan semua kesilapan arahan mikro didalam fail-fail anda. Sekiranya anda mendapat apa-apa kesulitan
untuk menjalankan arahan Scan Disk, klik penunjuk tetikus dibutang dengan tanda soal (?) disebelah kanan atas kotak dialog Scan disk anda. Perhatikan penunjuk tetikus di skrin mempunyai tanda soal disebelahnya; klik dimana-mana arahan yang anda tidak faham. Satu arahan atau penerangan ringkas akan kelihatan dan patuhilah arahan langkah demi langkah sebagaimana yang diarahkan.

Apa Yang Patut Anda Lakukan Jika Cakera Keras Anda Terlalu Kecil?
Sekiranya anda rasakan cakera keras komputer anda hampir kekurangan ruang lagi, mungkin anda perlu buat seperti berikut:

·Periksa Recycle Bin, dan buang semua fail-fail yang anda rasakan tidak perlu dengan arahan Delete.

·Gunakan Scandisk untuk memeriksa kesilapan-kesilapan yang mungkin mengakibatkan penggunaan ruang kosong cakera keras yang berlebihan.

·Buatkan salinan fail-fail dari cakera keras kepada disket (cakera liut), kemudian padamkan fail-fail tersebut dari cakera keras anda.

·Buangkan komponen-komponen Windows yang anda tidak perlukan.

·Ciptakan lebih banyak ruang cakera keras dengan menggunakan arahan Drive-Space untuk mengkompreskan kandungan data cakera keras anda yang sedia ada.


Pengenalan Komputer

Definasi
• Komputer adalah merupakan sebuah mesin elektronik yang mampu memanipulasikan atau memproses dan menyimpan data mengikut arahan manusia untuk dijadikan maklumat. Ianya mempunyai peranti input dan output.

Susunan Sistem Komputer
Input : merupakan data yang dimasukkan, ditukar ke dalam bentuk yang difahami oleh komputer dan kemudian dihantar kepada pemprosesan.
Proses : memproses dan menyimpan data untuk menghasilkan maklumat yang boleh difahami oleh manusia.

Output : adalah hasil daripada pemprosesan yang dikeluarkan dalam bentuk tersunting(edited) yang dipaparkan melalui peranti output.

Sejarah Komputer

1. Bapa komputer ialah Charles Barbage iaitu pencipta bagi arahan Start dan Reboot.

2. 1937 Dr.John Atanasoft dan Clifford Berry mencipta computer elektronik yang pertama bergelar ABC.

3. 1946 Dr.John Mauchly dan J.Presper Eckert melengkapkan computer elektronik digital seberat 30 tan mengandungi 18,000 ‘ vacum tube ‘ dan seberat 30×50 kaki persegi diperkenalkan iaitu bermulanya era generasi pertama komputer.

4. 1958 Komputer menggunakan transistor diperkenalkan iaitu generasi kedua komputer.

5. 1964 Komputer menggunakan litar kawalan di dalam cip IC(Intergrated Chip ) diperkenalkan. IBM System 360 adalah komputer pertama menggunakannya dan bermulanya generasi ketiga komputer.

6. 1970 Komputer generasi keempat yang menggunakan cip LSI (Large Scale Intergration) diperkenalkan.Cip pada tahun 1965 hanya mengandungi 1000 litar berbanding LSI yang mengandungi 15000 litar.

7. 1975 Ethernet ciptaan Robert Metcalfe adalah LAN yang pertama direka dan masih digunakan hinggan ke hari ini.

8. 1981 IBM memperkenalkan PC(Personal Computer) yang pertama.

9. 1984 IBM memperkenalkan PC bergelar PC AT (Advance Technology) yang menggunakan mikroprosesor Intel 80286.

10. 1989 Mikroprosesor Intel 80486 adalah yang pertama mengandungi 1 Juta transistor di dalamnya.

Elemen Sistem Komputer
- Perkakasan ( Hardware )
- Perisian ( Software )
Perkakasan
- Peralatan fizikal bagi melaksanakan fungsi IPO.
-Fungsi :-
• Penyediaan dan kemasukan data.
• Pemprosesan.
• Storan.
• Peranti Input.
Penyediaan dan kemasukan data.
• Data adalah sesuatu perkara yang boleh difahami komputer sebelum diinput untuk pemprosesan.
• Terdapat berbagai peranti bagi menukarkan data daripada key to tape system, key to disk system, dan terminal, semuanya dilakukan oleh manusia.

Pemprosesan.
• Komputer mempunyai unit melaksanakan arahan yang diberi dengan memproses data-data. Proses yang dilakukan adalah dengan menerima dan menyimpan data dari peranti input kemudian diproses mengikut arahan dan dihantar hasilnya kepada peranti output.
• Aktiviti proses adalah melibatkan operasi campur, tolak, darab dan bahagi. Ia juga memindahkan data dengan perbandingan dalam unit juta/ribu juta sesaat.
• Unit pemproses terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit atau CPU) dan Unit Storan Premier atau Utama (Primary Storage).

Storan
• Berfungsi untuk menyimpan data yang diproses oleh CPU
• Terdapat dua jenis storan :
i- Storan Premier (Primary Storage) = RAM, Cache Memory, ROM.
ii- Storan Sekunder (Secondary Storage) = Cakera keras (Harddisk), Disket dan CD-ROM.

Peranti Input dan Output.
• Peranti input ialah peralatan bagi memasukkan data ke dalam sistem komputer.
- Papan kekunci(Keyboard), Tetikus(Mouse), Pengimbas (Scanner), Kayu Pemain(Joystick), dll.
• Peranti output ialah peralatan untuk mengeluarkan hasil yang telah diproses iaitu data yang diproses menjadi maklumat untuk dilihat oleh manusia.

Perisian
- Program komputer yang direkabentuk untuk mengarah computer melaksanakan sesuatu fungsi.
- Terbahagi kepada dua iaitu:-

Perisian Sistem
- Program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna berhubung dengan komputer.
- Terdiri daripada:-
1) Translator – menukar data ke dalam kod mesin.
2) Interpreter – mentafsir dan menterjemah bahas pengaturcaraan tahap tinggi ke dalam kod mesin dari satu garisan ke satu garisan.
3) Compiler – Bahasa pengaturcaraan tahap tinggi menukarkan aturcara ke dalam kod mesin.
4) Debugger – proses mengesan dan memperbetulkan kesilapan.
5) Operating System – Aturcara kawalan utama bagi melaksanakan system komputer. Ia juga mengawal kesemua operasi sistem komputer seperti penjadualan, kemasukan tugas, juga mengawal peranti input dan output.
• Contoh : MS-DOS, PC-DOS, Unix, Windows95/98/NT, Linux dll.

Perisian Aplikasi
- Program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja yang khusus.
- Contohnya:-
1) Microsoft Office(Word, Powerpoint dll)
2) Adobe.
3) Lotus.
4) Word Proccessing dll.

Kategori.
• Ditentukan oleh kapasiti perkakasan dan pengguna dengan merujuk data yang mampu diproses dalam sesuatu masa.
• Saiz diukur dari jumlah pemprosesan dalam masa yang diberi.

Komputer Peribadi (Personal Computer atau PC)
o Saiz yang kecil.

o Digunakan oleh satu pengguna sahaja pada satu masa.

o Harga yang murah.

o Berbagai bentuk seperti desktop, laptop, workstation.

o Mempunyai kapasiti storan yang rendah.

o Ruangan yang diperlukan adalah kecil.

Case atau Casing
- Terdiri daripada dua jenis :
• Tower
• Dekstop
Unit Bekalan Kuasa (Power Supply Unit/PSU) Membekalkan dua jenis arus elektrik iaitu AC(Amplitude Current) dan DC(Direct Current).
AC digunakan untuk bekalan kuasa kepada monitor.
DC digunakan untuk bekalan kuasa kepada komponen system komputer.
Kuasa DC yang dibekalkan terbahagi kepada dua kategori iaitu 5VDC biasanya menggunakan wayar hitam dan merah serta 12VDC menggunakan wayar hitam dan kuning.

Terdapat dua jenis PSU iaitu AT dan ATX.

Motherboard ( Papan Induk )
o Dikenali juga sebagai System Board, Mainboard, MIM Board, MOBO atau papan induk.
o Ianya merupakan papan litar yang bercetak ( Printed Circuit Board/PCB ) yang mengandungi cip-cip elektronik diatasnya.
o Jenis :-
XT Extension Technology yang berkeupayaan 8 bit.
AT Advanced Technology yang berkeupayaan 16 bit.
XT Versus AT Berkeupayaan sehingga 32 bit.
Motherboard Pentium Biasanya dikenali sebagai PCI (Peripheral Connect Interchange) yang berkeupayaan sehingga ke 64 bit.
ATX Papan nduk bagi Pentium Pro berkeupayaan 64 bit.
Bit
a. Singkatan daripada binary iaitu asas bagi sistem penduaan yang mempunyai simbol 0 dan 1.
b. Satu bit diwakili oleh sama ada 0 atau 1.
c. Sebuah komputer mempunyai 256 aksara (character) yang berbeza di mana setiap aksara menggunakan kombinasi bit yang berbeza.
d. Kombinasi dari 8 bit akan membentuk satu aksara contohnya ‘A’.
e. 8 bit yang membentuk satu aksara ini dikenali sebagai 1 byte.
f. Pengiraan ini adalah mengikut piawaian ANSI ( American National Standard Institude ) dengan menggunakan kod ANSII ( American Standard Code For Information Interchange ).
g. Kod ANSII adalah kod yang digunakan dalam komunikasi digital dan komputer.
h. Kod ANSII ini mewakili 128 aksara iaitu huruf, nombor, dan tanda bacaan yang terdapat pada papan kekunci.

CMOS (Complimentry Metal Oxcide Semiconductor)
• Adalah program IC cip dari keluarga ‘field effect’ iaitu berfungsi apabila dibekalkan dengan kuasa berterusan dari 3-15VDC.
• Berkeupayaan tinggi menghadapi perubahan kuasa.
• CMOS IC digunakan untuk menyimpan program sistem komputer iaitu ROM (Read Only Memory) dan asas konfigurasi sistem computer iaitu BIOS (Basic Input Output System).

ROM (Read Only Memory)
• Adalah program yang tersimpan di dalam CMOS IC iaitu program bagi sesuatu sistem komputer yang hanya boleh dibaca sahaja.
• Program ini adalah untuk mencari arahan dimana ia akan melakukan pemeriksaan terhadap keseluruhan sistem komputer sebelum sistem operasi (Operating System) bermula. Ianya dikenali sebagai POST (Power On Self Test).
• POST berfungsi apabila suis dihidupkan dan akan melakukan sekurang-kurangnya 14 ujian termasuklah memeriksa memori (RAM), monitor, peranti-peranti input dan output.
• POST menggunakan 2 kilobait ingatan dan biasan pada skrin yang biasanya 1.5 minit.
• POST akan mengeluarkan bunyi ‘beep’ dan juga beberapa kod nombor masalah jika terdapat sebarang masalah pada sistem komputer.

BIOS (Basic Input Output System)
a. Merupakan program yang tersimpan di dalam CMOS IC bersama-sama dengan POST.
b. POST adalah ingatan baca sahaja tetapi BIOS adalah merupakan program konfigurasi bagi sistem komputer berfungsi mengawal permindahan maklumat dan arahan dari pemprosesan (CPU) kepada peralatan seperti monitor dan memori.
c. Kesimpulannya kesemua peralatan sistem komputer adalah dikawal oleh BIOS.
d. BIOS juga dikenali sebagai perisian sistem peringkat terendah bagi menentukan keserasian mesin.
e. Terdapat beberapa program BIOS seperti IBM, AMI, Pheonix, dan Award.
f. Walaupun BIOS tersimpan di dalam CMOS IC ianya boleh diubah dan digelar EPROM (Erasable Programmable Read Only Memory).

Sistem Jam dan Kalender (Crystal Clock).
Terbina di dalam papan induk yang membolehkan sistem komputer membaca terus waktu dan tarikh semasa.
Ianya juga menghasilkan getaran dimana apabila getaran dikeluarkan barulah sistem komputer dapat beroperasi.
Slot Penambahan (Expension Slot)
• Digunakan bagi meletakkan kad-kad adaptor tambahan.
• Keupayaan slot penambahan adalah bergantung dari keupayaan sistem bus sesuatu papan induk.

Ingatan Capaian Rawak (RAM/Random Access Memory).
1. Adalah merupakan ingatan utama (primary memory) berbentuk dinamik RAM (DRAM/Dynamic Random Access Memory) iaitu menyimpan data dan arahan secara sementara.
2. Fungsi RAM adalah untuk menyimpan arahan dan data yang sedang dan akan diproses oleh CPU(Central Prosessing Unit).
3. RAM berkomunikasi secara terus-menerus dengan CPU semasa sistem komputer beroperasi.
4. Terdapat beberapa bentuk dan saiz RAM dimana bermula dengan IC cip, SIMM(Single in Line Memory Module) bersaiz 30 pin dan 72 pin serta DIMM(Double in Line Memory module) bersaiz 168 pin.
5. Bagi menambahkan lagi daya memproses bagi sistem komputer, RAM boleh ditambah mengikut kepada keperluan bergantung kepada keupayaan papan induk.

Cache Memory
• Bertindak sebagai pengimbal diantara CPU dan RAM bertujuan untuk mempercepatkan proses bagi mendapatkan paparan maklumat.
• Memori yang mampu disimpan oleh Cache Memory adalah kecil berbanding RAM dan kebiasaannya data yang selalu digunakan akan disimpan di dalam Cache Memory.
UNit Pemprosesan Pusat(CPU/Central Prosessing Unit).
o Merupakan nadi dan jantung bagi sesebuah sistem komputer.
o CPU tersiri daripada beberapa unit yang terbina di dalamnya iaitu ALU(Arithmatic Logic Unit), CU (Control Unit), dan IR (Internal Register).
o ALU berfungsi untuk melakukan proses pengiraan arithmatik, permindahan data, kemasukan data (Data Entry, dan membuat keputusan serta berkeupayaan membandingkan nombor dan menyunting numerik.
o CU adalah sebagai penyelaras operasi CPU dan berkomunikasi dengan peranti-peranti input.
o IR adalah ingatan kecil untuk membuat sesuatu pengiraan yang mudah.

Papan Kekunci (Keyboard).
• Merupakan peranti input yang terpenting dimana data dimasukkan melaluinya bagi sesebuah komputer.
• Kelebihan papan kekunci dengan mesin taip biasa ialah papan kekunci ditambah dengan beberapa butang istimewa(Special Keys) yang telah diprogramkan untuk melaksanakan arahan tertentu.
• Terdapat beberapa jenis papan kekunci iaitu 84 butang, 101, 102, dan 104 butang.
• Terdapat dua jenis penyambung untuk papan kekunci iaitu PS2 dan serial.
Kad Grafik (Graphic Card).
1. Juga dikenali sebagai Video Card, Monitor Card, atau Display Card.
2. Kad grafik amat penting bagi memastikan jenis-jenis perisian aplikasi yang boeh dilaksanakan oleh sistem komputer dapat berfungsi dengan sempurna.
3. Kad grafik mempunyai ingatannya(memory) sendiri bagi menentukan keupayaan kad memaparkan paparan dengan lebih cepat dan ketepatan warna yang mampu dihasilkan.
4. Terdapat beberapa jenis kad grafik terdiri daripada Monochrome, CGA(Colour Graphic Adapter), EGA(Enhanced Graphic Adapter), VGA(Video Graphic Array) dan SVGA(Super Video Graphic Array) dimana mempunyai keupayaan yang berbeza.

Peralatan.
Seorang juruteknik komputer harus memiliki set peralatan yang lengkap bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik-pulih sesebuah komputer.
Set peralatan ini amat penting bagi memastikan sistem komputer dapat diselenggarakan dengan baik.

Peringatan Sebelum Pemasangan/Nyahimpun.
1. Sebelum melakukan kerja-kerja pemasangan atau nyahimpum, perkara-perkara seperti menyediakan ruangan kerja yang selesa harus diutamakan.
2. Persekitara kerja juga harus bebas dari punca elektrik statik yang tinggi.
3. Penyediaan peralatan dan bekas kecil untuk menyimpan komponen-komponen bersaiz kecil seperti bol dan nat.
4. Lakukan kerja dengan menggunakan tangan kanan bagi mengelakkan kejutan elektrik yang terlalu tinggi.

Kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan.
1. Salah atau terlupa menyabung kabel kuasa pada papan induk.
2. Meletak papan induk pada kedudukan yang salah atau tidak baik.
3. Data-data kabel yang disambung terbalik tidak mengikut punca positif atau negatif.
4. Terlupa menyambung kabel pada monitor, papan kekunci dan sebagainya.
5. Kad-kad adaptor dan RAM yang dimasukkan secara kurang kemas ke dalam slot penambahan.
6. CPU dimasukkan secara kurang kemas ke dalam tapaknya atau pin pada CPU telah terbengkok.
7. Tersalah menyambung kabel kuasa pada suis utama.
8. Mencabut atau memasukkan kabel dan kad-kad adaptor semasa sistem komputer sedang dihidupkan.
9. Melakukan kerja-kerja secara kasar dan terburu-buru terutama kepada HDD.
10. Tidak melengkapkan konfigurasi dalam ‘CMOS’ atau ‘BIOS Setup’.


Adakah Misteri Segitiga Bermuda Benar?

Artikel ni aku dapat dari Fazamania ⋅ 23 April 2005
JURUTERBANG sebuah pesawat kecil yang dalam perjalanan dari Florida ke Kepulauan Bahamas baru saja melaporkan ke Pusat Kawalan Trafik Udara bahawa pesawatnya akan mendaki ke paras 10,000 kaki. Pagi itu cuaca sangat baik, dan lautan yang terbentang luas kelihatan tenang. Si juruterbang dapat melihat kapal-kapal, kecil dan besar, di bawah sana. Melihatkan suasana yang cukup baik, dia begitu yakin dapat melakukan penerbangan dengan lancar, dan membawa penumpang yang bakal diambilnya di Bahamas kelak untuk kembali ke Florida.
-
Tiba-tiba dia terganggu, atau begitulah keadaan yang dianggap oleh pegawai trafik udara yang mengawasi penerbangan pesawat kecil itu. Suara si juruterbang seolah-olah dalam kebingungan. Butiran percakapannya agak sukar difahami, tetapi dapat juga pegawai itu menangkap beberapa perkara seperti “tidak pasti arah penerbangan”, “kabus datang entah dari mana”, dan “kawalan pesawat kucar-kacir”. Selang beberapa ketika, suara juruterbang itu terus sunyi dalam talian. Tompokan pada skrin kawalan trafik yang menandakan kedudukan pesawat kecil itu tiba-tiba hilang.
Laporan mengenai kehilangan sebuah kapal terbang dan juruterbang, dengan kemungkinan berlakunya kemalangan kapal terbang terhempas, telah difailkan, dan operasi mencari telah dilancarkan. Pencarian telah melibatkan satu kawasan yang luas, tetapi tiada sebarang kesan kapal terbang kecil dan juruterbangnya, jika dia terselamat dari kejadian terhempas. Kapal-kapal yang lalu di situ telah dihubungi, begitu juga banyak pesawat lain yang turut terbang hampir dengan kawasan itu pada pagi tersebut, tetapi tiada sesiapa pun yang perasan akan kapal terbang kecil itu atau apa-apa perkara ganjil.
Ini adalah situasi yang seringkali digambarkan mengenai kes-kes kehilangan di satu kawasan laut khusus di Lautan Atlantik, berdekatan rantau Karibean, yang pada hari ini dikenali sebagai Segitiga Bermuda. Dalam rekod, berpuluh-puluh kapal terbang dan kapal laut telah hilang tanpa dapat dikesan lagi dalam kawasan ini. Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada kapal-kapal terbang dan kapal-kapal laut itu, serta mereka yang berada di dalamnya? Ini adalah soalan yang masih belum terjawab sepenuhnya.
-
Apakah itu Segitiga Bermuda, dan di manakah lokasinya? Segitiga Bermuda bukanlah satu segitiga fizikal, sebaliknya cuma satu penyempadanan yang membataskan kawasan di mana sering berlakunya kehilangan kapal terbang dan kapal laut secara bermisteri. Segitiga ini disempadani tiga garis lurus yang menghubungkan Pulau Bermuda ke Miami di Florida, Amerika Syarikat, ke Puerto Rico, kemudian kembali ke Bermuda, seperti dalam peta di sebelah.
Di dalam kawasan berbentuk segitiga inilah berlakunya kehilangan kapal terbang dan kapal laut tanpa sebarang sebab yang munasabah, dan tanpa dapat dikesan lagi selepas itu, biarpun bangkai pesawat atau kapal, mahupun mayat mereka yang berada di dalamnya - jika hendak dikatakan bahawa pesawat dan kapal itu telah menghadapi kemalangan.
Sebenarnya jumlah bencana pesawat udara dan kapal laut di dalam lingkungan segitiga ini mungkin tidak jauh berbeza dengan kawasan lain di seluruh dunia, tetapi apa yang ganjil adalah bagaimana kes-kes di Segitiga Bermuda berlaku dengan sebegitu bermisteri. Kehilangan sepenuhnya bagi majoriti kes, seolah-olah pesawat udara dan kapal laut itu telah dibawa keluar dari dunia ini bersama-sama anak kapal sekaligus!
-
Antara kes yang sering disebut berkaitan misteri Segitiga Bermuda adalah kehilangan skuadron pesawat pengebom Amerika Syarikat, dipanggil Flight 19 pada tahun 1945. Skuadron itu telah melakukan penerbangan di kawasan Segitiga Bermuda. Seluruh skuadron tersebut telah lenyap dari imbasan radar, tanpa melaporkan sebarang perkara ganjil kecuali masalah menentukan hala penerbangan, yang mungkin menandakan kerosakan kompas. Sebuah pesawat yang dikerahkan untuk mencari skuadron itu turut hilang, tetapi ia kemudiannya telah ditemui terhempas di laut.
Sebuah kapal pengangkut arang batu sepanjang 522 kaki, USS Cyclops, lesap bersama 309 anak kapal pada tahun 1952. Sebuah kapal lain, Sylvia L. Ossa, sepanjang 590 kaki hilang berdekatan Bermuda pada tahun 1976, bersama 37 orang anak kapal.
Berbagai teori telah diutarakan banyak pihak mengenai punca kes-kes kehilangan misteri ini. Ada yang mengatakan kawasan Segitiga Bermuda itu adalah lingkungan kuasa sihir, dan pusat kegiatan syaitan. Sememangnya tidak jauh dari Segitiga Bermuda, iaitu di pulau Haiti, amalan voodoo yang melibatkan ilmu sihir dan pemahaman berkaitan kuasa baik dan kuasa jahat adalah sangat kuat (perhatikan The Tome edisi 5, berkenaan zombie yang ada kaitan dengan amalan voodoo). Ada juga yang mengaitkan Segitiga Bermuda dengan misteri Atlantis, kota purba yang tenggelam ke dasar laut (lihat The Tome edisi 7). Akan tetapi teori-teori sebegini lebih bersifat spekulatif, dan tidak memiliki dasar saintifik atau logik yang kukuh.
Sebaliknya kita akan sentuh di sini berkenaan teori yang lebih saintifik. Banyak laporan menyatakan bahawa kehilangan sering didahului masalah kompas yang gagal menunjukkan arah dengan tepat. Ini mungkin memberi petunjuk kepada kita bahawa terdapat medan magnet, atau medan elektromagnet, yang luar biasa di lingkungan segitiga tersebut. Planet bumi memiliki medan magnet yang mengalir dari Kutub Selatan ke Kutub Utara, dan medan ini seragam di seluruh planet. Kompas yang berfungsi dengan baik akan mengikut arah aliran ini, jarumnya beralih supaya selari dengan arah aliran, justeru setiap hujungnya menghala ke setiap kutub.
-
Tetapi terdapat situasi tertentu di mana fungsi kompas akan terganggu. Jika terdapat sumber medan magnet yang berasingan, ia akan memaksa kompas patuh kepada aliran medan baru itu. Jika anda meletakkan satu magnet berdekatan sebuah kompas, anda akan perhatikan bahawa jarum kompas akan tertarik kepada magnet itu, dan mengabaikan tarikan medan magnet bumi.
Apakah yang menyebabkan jarum kompas dalam pesawat dan kapal yang hilang itu berputar-putar tanpa dapat memberi penunjuk arah yang tetap? Mungkin terdapat medan elektromagnet yang berubah-ubah dalam kawasan Segitiga Bermuda. Maka apakah pula yang menyebabkan medan tersebut berada di dalam segitiga itu?
-
Medan elektromagnetik boleh mempengaruhi banyak perkara, antaranya keadaan sesuatu bahan. Eksperimen ke atas model skala Piramid Agung di Giza, Mesir (lihat The Tome edisi 1) menunjukkan bahawa suatu medan elektromagnet yang luar biasa terkandung di dalam piramid dan tertumpu pada satu kedudukan tertentu. Sesetengah pihak mengatakan medan elektromagnet inilah yang memelihara mumia sebegitu baik selama ribuan tahun, dan mencetuskan pengalaman aneh di kalangan orang yang masuk ke dalam piramid. Terdapat juga kajian yang menunjukkan medan elektromagnet boleh membuatkan sesetengah objek terawang-awang di udara dan berubah sifat.
Medan elektromagnet turut memberi kesan terhadap saraf dan persepsi deria manusia. Kajian ada menunjukkan bahawa kita boleh menjadi gelisah dan tidak tenang jika didedahkan kepada medan elektromagnet yang kuat, dan kita sedia maklum apa yang boleh berlaku jika kita berasa gelisah dan kacau-bilau semasa melakukan sesuatu yang memerlukan tumpuan. Jika medan ini wujud di Segitiga Bermuda pada magnitud yang luar biasa, ada kemungkinan mereka yang lalu di dalam kawasan tersebut akan nampak atau dengar sesuatu yang aneh, biarpun ia sebenarnya tidak wujud di situ. Ini seterusnya akan mengugat orientasi, dan dengan mudah pengendalian pesawat atau kapal akan terjejas.
-
Perubahan cuaca secara mendadak, dari segi angin, arus laut, tekanan udara dan sebagainya juga boleh menjadi sebab berlakunya sesuatu yang buruk ke atas kapal terbang dan kapal laut. Dalam rekod, terdapat beberapa kejadian yang serius dalam cuaca yang boleh dikatakan baik menimpa beberapa penerbangan komersial, seperti pada 28 Ogos 1991 dan 17 Januari 1996, kedua-duanya melibatkan pesawat Airbus yang digunakan American Airlines. Dalam kedua-dua kejadian, ramai penumpang tercedera akibat pesawat yang ditimpa gelombang udara (air turbulence), kemudian menjunam apabila memasuki poket udara.
-
Poket udara adalah kawasan di mana udaranya bergerak ke bawah atau bertekanan rendah, mengakibatkan kapal terbang yang melaluinya menjunam ke bawah secara tiba-tiba. Juruterbang yang terlatih akan dapat mengawal pesawat dengan baik dalam situasi sebegini, tetapi para penumpang selalunya akan menghadapi keadaan tidak selesa, terkejut atau tercedera akibat lambungan kuat.
Namun ia masih tidak cukup untuk menjelaskan kenapa sebegitu pesawat, kapal dan mereka yang mengendalikannya lenyap secara mendadak tanpa dapat dikesan lagi, tanpa dapat dipastikan sama ada berlakunya kemalangan seperti terhempas atau tenggelam. Tetapi, ya, ia adalah lautan yang luas lagi dalam, dan amat sukar untuk mencari suatu objek yang secara relatifnya sangat kecil di situ. Sebenarnya terdapat juga beberapa kes di mana kapal yang hilang telah ditemui semula, tetapi tanpa anak kapal.
Teori lain pula menyebut tentang vorteks atau gangguan dalam lipatan daya graviti, masa dan dimensi - teori yang lebih rumit dan kedengaran sangat luar biasa, biarpun vorteks sebenarnya wujud, yakni di angkasa lepas. Lubang hitam, atau “black hole” adalah suatu vorteks, di mana daya gravitinya cukup kuat hinggakan cahaya pun tidak dapat lepas daripada tarikannya. Apa jua yang disedut lubang hitam akan musnah dan lenyap. Jika wujud sebuah vorteks seumpama lubang hitam di Segitiga Bermuda, apa jua yang mendekatinya akan disedut dan akhirnya hilang begitu saja. Tetapi sebuah lubang hitam mahupun sebarang fenomena seumpanya tidak pernah dikesan di mana-mana sekalipun di planet Bumi kita ini, dan ia kedengaran agak mustahil untuk berlaku di sini.
Pada masa yang sama, penyiasatan telah mendapati betapa keterangan yang pada mulanya kedengaran penuh dengan kejadian aneh telah berubah-ubah, lalu akhirnya didapati bahawa kemalangan berlaku atas sebab biasa semata-mata. Mungkinkah beberapa kes yang sebelumnya dilaporkan penuh dengan misteri hanyalah akibat ditokok-tambah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab?
Dalam kes Flight 19 yang disampaikan di atas, pada mulanya timbul cerita bahawa juruterbang dalam skuadron itu melaporkan melihat sesuatu yang aneh, tetapi ini kemudiannya disangkal oleh laporan rasmi. Berkemungkinan besar kompas pesawat-pesawat itu telah gagal berfungsi (atas sebab apa?), dan tanpa dapat menentukan hala tuju yang tepat, kesemua pesawat itu mungkin telah kehabisan bahan api dan jatuh menjunam ke dalam laut.
Faktor manusia jika tidak boleh ditolak sepenuhnya. Pada hari ini, di lautan seluruh dunia, kegiatan pengganas dan lanun masih menjadi risiko besar, khususnya di perairan berdekatan rantau Karibean dan Amerika Latin, di manabanyak kumpulan penjenayah, antaranya penyeludup dan pengedar dadah, masih bergiat. Tidak mustahil kapal-kapal yang hilang di dalam Segitiga Bermuda sebenarnya telah diserang lanun atau penjahat, kapalnya ditinggalkan atau dibawa lari bersama untuk digunakan dalam kegiatan haram mereka.
Pada hari ini, kita mendapati bahawa banyak penerbangan dan pelayaran dilakukan merentasi kawasan segitiga ini setiap hari. Para juruterbang, syarikat penerbangan, pelayar dan syarikat perkapalan nampaknya tidak begitu endahkan Segitiga Bermuda.
___________________________________________________________________________
Walaubagaimanapun, ada yang berpendapat:
a) Dasar Laut Segitiga Bermuda terletaknya istana besar iaitu tempat tinggal Iblis dan jin serta syaitan2 yang lain.
b) Manusia yang hilang di kawasan tersebut diambil oleh jin dan syaitan di situ untuk dipuja kepada Iblis.
c) Medan elektromagnet yang luar biasa di kawasan tersebut telah menarik objek-objek seperti kapal laut malah kapal terbang bersama-sama dengan anak kapal dan penumpang ke dasar laut dan hancur dalam masa yang lebih singkat daripada biasa disebabkan oleh tekanan yang luar biasa di dasar laut tersebut.
----------------------------------------------------------------